Tuesday, September 28, 2010

wahai perasaan

wahai perasaan,
ku layarkan bersamamu sebuah harapan,
ke samudera penuh godaan,
sang camar beriringan menunjuk jalan,
agar aku tak kesesatan dilambung gelombang,
atau kehilangan arah jalan pulang..
wahai perasaan yang tak pernah terpuaskan,
kemana lagikah haluan harus ku halakan?
akhirnya dalam pelayaran belum berkesudahan..
ku temukan sebuah pelabuhan,
untuk kupujukmu wahai perasaan..
Oh Tuhan..berikanku percikan Nurmu..
agar aku tak kesesatan..dan tahu jalan pulang!!

Sunday, March 21, 2010

Debat Professor Atheist Dengan Pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

 

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

 

Pelajar: Sudah semestinya professor.

 

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

 

Pelajar: Ya

 

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

 

Pelajar: Ya

 

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

 

(Pelajar berdiam diri)

 

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

 

Pelajar: Ya.

 

Prof: Adakah syaitan baik?

 

Pelajar: Tidak.

 

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

 

Pelajar: Tuhan.

 

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

 

Pelajar: Ya.

 

Prof: Kejahatan ada dimana2 bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

 

Pelajar: Ya.

 

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

 

(Pelajar tidak menjawab)

 

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

 

Pelajar: Ya professor.

 

Prof: Siapa yang menciptanya?

 

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

 

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, baeritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

 

Student: Tidak pernah professor.

 

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

 

Pelajar: Tidak pernah professor.

 

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa2 deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

 

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

 

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

 

Pelajar: Ya professor.

 

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

 

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

 

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

 

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

 

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

 

Prof: Ya.

 

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

 

Prof: Ya.

 

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

 

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

 

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

 

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

 

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

 

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

 

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

 

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

 

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

 

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

 

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

 

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

 

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

 

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

 

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

 

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

 

(Dewan kuliah menjadi gempar)

 

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

 

(Pelajar lain tertawa)

 

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

 

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

 

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

 

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.

 

* Cerita ini saya dapat dari rakan dan ianya didalam bahasa English, saya terjemahkan sebaik mungkin untuk bacaan dan renungan rakan2. Dari email tersebut ia menyatakan ini adalah cerita benar dan pelajar tersebut adalah Muhammad Ali Jinnah, bapa Pakistan.

Saturday, February 20, 2010

Hargailah mereka selagi mereka masih ada

Hargailah mereka selagi mereka masih ada..video yang sangat menyentuh sanubari..

Monday, August 17, 2009

cegah H1N1..

DoaSelamatDariPenyakit

1.Amalan adab batuk yang baik

• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri

Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi

• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan.


Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah

Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:

1. Sukar benafas.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.
3. Sakit dada berterusan.
4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.
6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.
7. Penig bila berdiri.
8. Kurang kencing.

Sama-samalah kita melakukan solat hajat dan berdoa semoga Allah menjauhkan kita semua daripada bala penyakit ini.
SEMOGA KITA DIBERI KEKUATAN OLEHNYA

Wednesday, August 12, 2009

inilah cinta sejati..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku.

Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian panggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



















3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."





Saturday, August 8, 2009

Doa Cepat Jodoh & Doa Putus Cinta (Hati Kecewa)

Assalamualaikum,
ana terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din..semoga berguna utk antum2 semua..Insyaallah

Doa Pendekat Jodoh
Photobucket

Doa Putus Cinta (Hati Kecewa)
Photobucket

insyaallah semoga diberkati Allah dan diberi kekuatan iman...

bila hati ini sunyi

Alhamdulillah ana diberi kesempatan utk menulis balik di blog ni..dah lama menyepi..
x sempat nak tulis..skrang ni ana posting community medicine kat juaseh kat negeri sembilan..

Alhamdulillah keadaan kat sini sgt damai walaupon panas sikit..cuaca kat sini panas sbb kawasan ni menerima hujan paling sikit kat Malaysia..dalam seminggu dua ni ana rase sgt hanyut dgn cinta dunia..sgt2 hanyut..mcm2 dugaan datang..x tau mcm mane nak handle..

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Alhamdulillah ana teringat nasihat kawan2 ana, ingat Allah selalu.. Alhamdulillah dgn ayat quran, zikir2..hati jadi tenang..lagi beberapa minggu kita akan berpuasa..smoga diberikan kekuatan iman


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


semoga Allah memberi kekuatan utk menempuh hidup ini..