Sunday, August 24, 2008

Taqwa..

Dari Aisyah r. a, dia berkata: Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku "Wahai aisyah, hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah Azza Wajalla dan lemah lembut. Kerana lemah lembut itu sama sekali tidak berada pada seuatu melainkan menghiasinya, dan lemah lembut itu sama sekali tidak terlepas dari sesuatu melainkan ia memburukkannya"
(Isnadnya Hassan, ditakhrij At- Tarmizi)


Wasiat yang sangat bernilai ini merupakan salah satu dasar penting yang membantu dalam kehidupan orang mukmin di dunia. Dasar taqwa, hendaklah engkau menciptakan satu perlindungan antara dirimu dan yang engkau takuti agar dapat menjaga dirimu. Takwa wanita muslimah kepada Tuhannya, hendaklah menjaga dirinya dari dimurkai Allah dengan cara melaksanakan perintahNya.

Dan berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepadaKu hai orang2 yang berakal
(al-Baqarah: 197)


Sifat2 orang yang bertaqwa:
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab2 samawi yang diturunkan di sisi Allah.
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Mendirikan solat
7. Menunaikan zakat
8. Memberi harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak2 yatim, prang2 miskin, dll.
9. Sabar tatkalam endapatp enderitaan, kesempitan dan tatkala perang.
10. Menepati janji
11. Benar dalam keimanannya kepada Allah
12. Mengagungkan syiar2 Allah swt.
13. Menginfakkan (membelanjakan) harta dalam keadaan lapang dan sempit.
14. Menahan rasa marahMemafkan kesalahan orang lain
15. Beriman kepada hal2 yang ghaib.

Berkat bersifat taqwa:
1. Mengambil manfaat dari al-Quran dan petunjuk yang terkandung di dalamnya.
2. Kedudukan yang tinggi di sisi Allah pada hari kiamat.
3. Memperolehi syurga dan apa yang terkandung di dalamnya
4. Mendapat kecintaan Allah
5. Mendapat perhatian dari Allah
6. memperolehi kejayaan
7. Hilang rasa takut, sedih, dan mendapat khabar gembira di dunia.
8. Terbuka pintu keberkatan dan nikmat dari langit dan bumi.
9. Mendapat apa yang boleh membezakan antara yang hak dan bathil.
10. Mendapat perlindungan Allah
11. Keselamatan dari neraka pada hari kiamat
12. Berkumpul bersama-sama utusan Allah yang terhormat.
13. Kesudahan yang baik.
14. Keampunan dosa.
15. Persahabatan yang menguntungkan pada hari kiamat.
16. Berada di suatu teman yang aman.
17. Kemuliaan di sisi Allah.
18. Mendapat tempat yang disenangi di syurga.
19. Mendapat rahmat, hidayah dan maghfirah dari Allah.
20. Keluar dari kekhuatiran dan kesempatan di dunia dan akhirat.
21. Segala urusan dipermudahkan, segala kesalahan ditutupi dan pahalanya dilpatgandakan.
22. Selamat dari tipu daya org2 yg dengki dan iri hati.
23. Amalannya diterima oleh Allah.
24. Diterima secara ramah dan baik oleh malaikat pada hari kiamat nanti.

Ar-Rifq ertinya sikap lemah lembut, wajah berseri dan lapang dada. Lemah lembut memiliki satu kelebihan dari akhlak2 lain. Maka Allah memberi pujian yang baik kepada org yg memiliki sifat lemah lembut di dunia dan pahala yang melimpah ruah di akhirat. Sifat lemah lembut mempercantik orangnya dan memperindah di mata manusia di sisi Allah.

Maka jadikanlah sifat lemah lembut sebagai perhiasan dirimu wahai muslimah, yang dapat engakau terapkan terhadap anak2, suami dan tetanggamu. Jadikanlah ia sebagai jalan kehidupanmu agar dapat mencapai apa yang engkau kehendaki.

Al-Asma'y pernah berkata dalam syairnya:

"Tak pernah ku lihat kelemahlembutan, Seperti dalam kehalusannya, Dia keluarkan anak-anak perawan, Dari tempat pingitannya, Siapa minta pertolongan, Dalam menyelesaikan urusan, Diapun bisa mengeluarkan binatang, Dari tempat persembunyiannya."

Saturday, July 19, 2008

Bingkai Kehidupan

Inilah bingkai kehidupan kita sebagai umat islam..
Hidup ini adalah perjuangan..

Allah adalah tujuan kami,
Rasulullah teladan kami,
al-Quran pedoman hidup kami,
jihad adalah juang jalan kami,
mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi....

lagu yang menyemarakkan semangat..insyaallah Allah bersama org2 yang beriman..

Saturday, July 5, 2008

Sunnah Orang Berjuang

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, just finish and passed up the thesis to our module coordinator..Alhamdulillah semua lulus dan dapat masuk clinical year yang penuh cabaran..

esok isnin 7 julai 2008 makan bermulakan fasa 2 bagi ana..fasa clinical year..rasa bercampur2..takot ada,gembira pon ad..ye ah ana punya teori x kuat sgt..so ana kna usaha kuat lagi utk masa2 yang mendatang ni..insyaallah..

teringat ana lagu nada murni ni sunnah berjuang..hijjaz pon ad gak record balik lagu ni..best lagu ni..


SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

SEMOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN..
untuk ana terus maju dalam bidang yg ana ceburi..insyaallah..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,tambahkan keimanan kedalam dada kami..

Tuesday, May 20, 2008

Muhammad Ya Rasulullah is my hero!!

lagi ni mmg best..ana dgr dkt iluvislam.com..ni skali ngan lirik..
cuba hayatinya insyaallah..



Ya khaira khalqillah
Ya taja ruslillah
'Alayka azka as-salawat
Ya rasulallah (x2)

Oh you, the best of Allah's creation
Oh you, the Crown of Allah's prophets
Peace and blessings be upon you
Oh prophet of Allah

CHORUS:
This man is my hero
For he's the light of guidance
And he should be yours too
And he should be yours too (x2)

Ya khaira khalqillah
Ya taja ruslillah
'Alayka azka as-salawat
Ya rasulallah (x2)

Oh you, the best of Allah's creation
Oh you, the crown of Allah's prophets
Peace and blessings be upon you
Oh prophet of Allah

He's our teacher and our prophet
He's our leader and our guide
He's the only one to follow
So we can attain paradise

CHORUS

Ya khaira khalqillah
Ya taja ruslillah
'Alayka azka as-salawat
Ya rasulallah (x2)

Oh you, the best of Allah's creation
Oh you, the crown of Allah's prophets
Peace and blessings be upon you
Oh prophet of Allah

We must aim to be like him
We should hold our heads up high
Where's our pride and where's our strength
Where's our love and where's our light

-Hamza Robertson-

Monday, May 5, 2008

Novel yg Ana suka Baca..Best..cuba la..

Bismillahirrahmanirrahim
Photobucket

Surah Al-Alaq ayat 1-13
maksud ayat pertama surah ini ialah "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,"
Betapa agama kita agama Islam amat mementingkan perbacaan.Tanpa membaca tiadalah ilmu,tanpa ilmu tiadalah amal dan tanpa amal siapalah kita disisi Allah S.W.T..
Disini ad beberapa buku yang telah ana baca dan ana ingin kongsikan..x rugi kalo kita membaca..byk ilmu dan pengalaman yang akan kita dapat.Insyaallah..
Photobucket

latip

ramlee

"Jika ingin terus diingati dan dikenang selepas sahaja anda mati dan mereput lalu meninggalkan dunia fana ini, lakukanlah sama ada perkara-perkara yang baik dan bernilai untuk dibaca, ataupun lakukan perkara-perkara yang baik dan bernilai untuk ditulis."

"Bacalah, bukan untuk menyanggah dan mengeliru; pun bukan untuk terus mempercaya dan kemudian tidak ambil endah; dan bukan juga untuk semata-mata mencetuskan perbualan dan wacana; sebaliknya untuk menilai dan mempertimbang."

Saturday, May 3, 2008

Doa Mencari Cinta..insyaallah

muslimah

islami

Ya Allah, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yg hatinya tertaut padaMU,

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada MU......
Ya Rabbi, pertemukanlah aku dengan seorang hambamu yang dapat menjamin kehidupanku di dunia yang fana
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. ..

agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU..... ..

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati MU....

Ya Rabbul Izzati,jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yg merindui syahid di jalan MU.......

Ya Allah jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga MU.....

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bayang-bayangmu……

ini supaya aku dan dia tetap patuh dan reda dengan kehendak dan iradahmu……

Berilah taufik dan hidayahMU agar aku tetap mencintaiMU, orang yang mengasihiMU dan seorang yang dapat
menjamin solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untukMU……..!!

Insyaallah..

cute comel

Friday, May 2, 2008

percutian ke pangkor island..

Alhamdulillah pada12-14 april ari tu, ana dan rakan-rakan coursemate seramai 14 org wat trip ke pangkor island..perjalanan ke jeti pangkor dari puduraya mengambil masa selama 4 jam.
pastu kitorang nek la feri dlm setengah jam..
kat pangkor ana menginap di Seagul Beach Resort..Resort budget..hehe..Rm130 utk 3 hari termsuk makan 3 kali sehari..hehe..mmg budget ah..hehe..
byk aktiviti kitorang buat kat sane..
snokeling,mandi laut,men banana boat, kayak..hehe

Photobucket
ni kat coral island..snokeling pon kat sini..lawa sgt tempat ni..hehe

Photobucket
ni pon kat coral island..kepala ana bersinar disuluh cahaya matahari

dalam van
ni dalam van nak bertolak ke jeti pangkor..hehe