Monday, April 7, 2008

kelantan miskin???fikir-fikirkan

Saya ambil TESCO sbg satu perumpamaan utk menunjukkan bahawa rakyat kelantan tidaklah miskin dan mundur spt mana fitnah yg dilemparkan oleh pihak tertentu:
TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pd 9/11/2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia . TESCO pernah mempunyai cawangan mini di Kuantan tetapi ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

Kini TESCO memilih Kota Bharu Kelantan sebagai tapak yg strategik.

Menilai antara Fakta dan Fitnah:
Fitnah 1:
-Rakyat Kelantan miskin, tidak ada duit.

Fakta:
-Hari pertama TESCO dibuka ia menerima 15,000 pengunjung. Kebanyakan barangan segar dan roti habis dijual.
-Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari.

Fitnah 2:
-Kuasa beli rakyat kelantan kecil berbanding negeri lain.

Fakta:
-Catatan cemerlang hasil jualan menjadikan TESCO bercadang untuk menambah cawangan di Kelantan.
-85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia .

Fitnah 3:
-Kelantan mundur dan tiada pelaburan asing.

Fakta:
-Selama 18 tahun Kelantan berjaya bertahan menjadi negeri yg paling unik di Malaysia dengan keberanian rakyatnya menolak pemerintahan kejam lagi zalim.
-Ekonomi Kelantan semakin makmur dan kemiskinan berjaya dikurangkan.
-Kejujuran parti yang memerintah Kelantan membantu melicinkan pentadbiran sehingga taraf hidup penduduk dan pembayaran hutang negeri jauh lebih baik.
-Iaitu Kelantan menduduki tempat kedua dalam "Kadar Hutang Negeri
Terendah".
-Pelabur antarabangsa kini memilih Kelantan sbg destinasi mereka.

Fitnah 4:
-TESCO akan membunuh peniaga kecil tempatan.

Fakta:
-TESCO menerusi rangkaian antarabangsa membantu usahawan2 industri kecil dan sederhana memasarkan produk mereka.
-90% produk jualan TESCO adalah produk tempatan.
-Ia membuka pasaran baru kpd penternak lembu, kambing dan ikan, penanaman sayur serta buah-buahan tempatan. Keperluan TESCO terhadap produk makanan segar tempatan adalah amat besar.
-Pasaran TESCO fokus kpd pembelian penggunaan bulanan, manakala kedai runcit untuk kegunaan harian. Maka persaingan kuat tidak berlaku.

Fitnah 5:
-TESCO menggalakkan aktiviti Anti-Islam.

Fakta:
-TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yg ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat.
-Merupakan TESCO yg pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal.
-Menyediakan tempat Solat yg cukup selesa kpd para muslim.
-Merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sbg sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan "Ta, ya, sin, kaf dan wau" menjadi maksud TESCO.

Fitnah 6:
-TESCO menggalakkan aktiviti lepak di kalangan remaja.

Fakta:
-TESCO mempunyai 20 cawangan di Malaysia dan pekerja seramai 6,600 org.
-TESCO menerima pemohonan kerja di Kelantan dan setakat kini 300 org anak Kelantan berkhidmat secara tetap, manakala 574 org secara sambilan.
-TESCO menerusi rangkaian Jabatan Sumber Manusianya menekankan latihan intensif bg meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan pelanggan.

Kesimpulan:
Berita mengenai pembangunan ekonomi Kelantan banyak disekat, dikawal ketat serta diputar-belit oleh pihak tertentu. Maka ramai org di luar sana tidak peka terhadap pencapaian Kelantan yg cemerlang.

Jika dibandingkan Kelantan dgn KL, mestilah pusat bandar KL lagi maju dan pesat. Tapi apa gunanya maju sedangkan kos taraf hidup, cukai dan harga barang semuanya tinggi? Apakah rakyat akan puas hati jika duit hasil titik peluh mereka dirasuah sewenang-wenangnya? Rakyat yg tak berdosa terpaksa bayar lebih semata-mata utk membayar kerugian akibat amalan rasuah yg berleluasa.

Kelantan dikira cukup baik kerana ia mampu mencipta rekod cemerlang dlm masa jangka masa yg pendek iaitu 18 tahun. Jika PAS dpt memerintah Malaysia dgn jujur, InsyaAllah, negara kita akan menjadi lebih maju berbanding sekarang dan hak semua rakyat dituntut.

Wednesday, April 2, 2008

Cerita yang menyentuh hati....

'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang... ..! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya siapa kita sebenarnya !!